Sunday, February 22, 2009

Majlis Pentauliahan Pengawas & PSS


Pengawas merupakan pembantu pihak sekolah dalam menjalankan tugas-tugas disiplin yang berkaitan dengan pelajar. Di samping itu, pengawas juga membantu pihak sekolah dalam perlaksanaan program-program sekolah. Bidang tugas pengawas perlu ditauliahkan agar tidak timbul persoalan oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati. Satu majlis pentauliahan pengawas telah diadakan memberikan mereka sijil-sijil sebagai bukti penyerahan tugas-tugas dalam menegakkan undang-undang sekolah. Pengawas terdiri daripada pelbagai kaum, menunjukkan tidak berlaku pilih kasih. Majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Fazam Mat Ladzim, Pengarah Bahagian Pembangunan Masyarakat, KESEDAR Gua Musang. Majlis ikrar diketuai oleh Abdul Rashizolze, yang dilantik sebagai Ketua Pengawas.


0 Komen:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons