Tuesday, August 24, 2010

Demonstrasi Kebakaran

Pada 20 Julai 2010 telah diadakan satu demonstrasi kebakaran oleh pihak bomba Gua Musang.
Tujuan demonstrasi diadakan adalah untuk mendedahkan para pelajar ,guru dan kakitangan tentang kepentingan dan keselamatan semasa menghadapi kebakaran.Nasihat dari pihak bomba kita tidak boleh cemas semasa menghadapi situasi kebakaran dan perlu bertindak cepat agar tidak menjadi mangsa kebakaran.
Dalam demonstrasi ini ,pihak bomba telah menunjukkan cara-cara memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api.Pelajar dan guru diberi peluang bagaimana hendak memadam kebakaran yang berlaku.Diharapkan dengan adanya demonstrasi seperti ini dapat memberi pengetahuan kepada kita semua apabila menghadapi situasi cemas kebakaran.









Tuesday, August 17, 2010

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN PERINGKAT SEKOLAH

Pada 6 dan 7 Julai 2010 bersamaan dengan hari Selasa dan Rabu telah berlangsungnyer kejohanan padang dan balapan peringkat sekolah SMK Tengku Indra Petra 2. Kejohanan padang dan balapan ini melibatkan semua guru dan pelajar.

Tujuan atau objektif diadakan kejohanan seperti ini adalah:
  • Sebagai tapak yang boleh melahirkan atlet-atlet berpotensi yang bakal bertanding di peringkat daerah, negeri dan negara.
  • Merialisasikan konsep "Sukan untuk Semua"
  • Sukan sebagai satu wadah pembangunan manusia
Antara acara-acara yang dipertandingkan ialah lumba lari 100m,400m,lompat tinggi,lompat jauh,lontar peluru dan kemuncaknyer ialah acara tarik tali antara guru dan PIBG sekolah. Dalam kejohanan ini juga sebanyak empat buah rumah sukan yang terlibat iaitu Rumah Bestari(Biru),Rumah Harmoni(Hijau), Rumah Kasih(Kuning) dan Rumah Mesra(Merah).
Kejohanan padang dan balapan peringkat sekolah ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Yushalani B Yusoff merangkap YDP PIBG SMK Tengku Indra Petra 2.


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons