Thursday, February 26, 2009

Kejohanan Merentas Desa


Kejohanan merentas desa sekolah merupakan acara tahunan yang wajib disertai oleh setiap pelajar. Larian sejauh lebih kurang 6 kilometer dimulakan di Dataran Petra dan merentasi Kampung Pulai dan Taman Kesedar Putra sebelum berakhir kembali di Dataran Petra. Sebanyak 6 Kategori dipertandingkan merangkumi Kategori A (Lelaki dan Perempuan) terdiri daripada para pelajar tingkatan 4 dan 5, Kategori B (Lelaki dan Perempuan) terdiri daripada para pelajar tingkatan 2 dan 3, dan Kategori C (Lelaki dan Perempuan) terdiri daripada para pelajar tingkatan 1. Mereka semua mewakili rumah sukan masing-masing: Kasih, Mesra, Bestari dan Harmoni. Markah diberikan kepada 20 peserta terawal setiap kategori dan dicampurkan untuk markah keseluruhan pasukan. Pasukan Bestari menjadi juara keseluruhan bagi kejohanan tahun ini.



Wednesday, February 25, 2009

CASTROL Ke Sekolah

Kementerian Pendidikan telah menandatangani satu perjanjian dengan Castrol Malaysia untuk melaksanakan program Castrol ke sekolah bertujuan untuk memperkenalkan cara-cara selamat menunggang motosikal. Program ini telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Dato' Noh bin Haji Omar pada 13 Februari 2007. Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi SMKTIP(2) kerana telah didatangi oleh legenda lumba motor negara, En. Wazi bin Abdul Hamid, untuk memberi tunjuk ajar bagaimana mengendalikan motosikal secara berhemah kepada 200 orang peserta yang terpilih di kalangan para pelajar. Para peserta menaiki motosikal yang disediakan oleh penganjur melalui laluan yang ditetapkan. Teknik-teknik mengawal motosikal dan teknik menekan brek juga diajarkan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. Para peserta memakai pakaian keselamatan untuk memastikan tiada berlaku kemalangan yang tidak diingini.





Sunday, February 22, 2009

Majlis Pentauliahan Pengawas & PSS


Pengawas merupakan pembantu pihak sekolah dalam menjalankan tugas-tugas disiplin yang berkaitan dengan pelajar. Di samping itu, pengawas juga membantu pihak sekolah dalam perlaksanaan program-program sekolah. Bidang tugas pengawas perlu ditauliahkan agar tidak timbul persoalan oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati. Satu majlis pentauliahan pengawas telah diadakan memberikan mereka sijil-sijil sebagai bukti penyerahan tugas-tugas dalam menegakkan undang-undang sekolah. Pengawas terdiri daripada pelbagai kaum, menunjukkan tidak berlaku pilih kasih. Majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Fazam Mat Ladzim, Pengarah Bahagian Pembangunan Masyarakat, KESEDAR Gua Musang. Majlis ikrar diketuai oleh Abdul Rashizolze, yang dilantik sebagai Ketua Pengawas.


Saturday, February 21, 2009

Helmy Tewas Kepada 2 Zul


Mohd Helmy Rasnan daripada Kelas 5 Sains terlepas peluang mewakili negeri Kelantan dalam Kejohanan Catur MSSM yang telah diadakan di SMK Jeli baru-baru ini. Beliau tewas kepada Ahmad Zulhilmi di pusingan 4 dan seterusnya kepada Zulhashime di pusingan 6, setelah hampir menjadi pelajar SMKTIP(2) yang pertama mewakili negeri dalam sukan catur. Keputusan penuh wakil-wakil catur sekolah:

Kategori Lelaki bawah-18
7 daripada 63 peserta - Mohd Helmy Rasnan

Kategori Lelaki bawah-15
24/63 - Mohd Khairul Azman
33/63 - Mohd Zulhusni Abdul Aziz

Untuk maklumat lanjut, sila layari blog Cikgu Azizul.

Saturday, February 14, 2009

Sukantara

Sukantara merupakan sukan pilihan yang perlu disertai oleh semua pelajar mewakili rumah sukan masing-masing. Empat rumah sukan yang ada di sekolah kami adalah Mesra (Merah), Kasih (Kuning), Bestari (Biru) dan Harmoni (Hijau). Manakala sukan yang dipertandingkan adalah:

1. 100 meter
2. 200 meter
3. lompat tinggi
4. lompat jauh

Para pelajar yang melepasi masa, jarak dan ketinggian kelayakan akan diberikan 2 markah, manakala pelajar yang tidak melepasinya hanya diberikan 1 markah. Markah-markah tersebut akan dikumpulkan sebagai markah rumah sukan yang diwakili.











Wednesday, February 11, 2009

SMKTIP(2) Players Shine In Jerek


Alhamdulillah, we just finished our selection for students to represent the district of Gua Musang in the upcoming MSSM chess tournament in Jeli later this month. 36 students from various schools made up the 6 categories consisting of boys and girls under-12, under-15 and under 18. From my observation, I found that the standard of play among these students have increased--less stalemates and more spectacular moves happened in the 3 days tournament. What made this tournament more memorable was the participation of a physically disabled student who moved the pieces with his feet. Even though he did not make the final cut, we must applaud his efforts and dedication. Last year's state representative, Md Lokman of boys under -12, also managed to cruise through. The full list of players:

Boys under 18:
- Mohd Helmy (SMK Tengku Indra Petra 2)
- Saiful Azhar (SMK Chiku 2)
- Mohd Khalimun (SMK Paloh)
- Zulkifli (SMK Chiku 2)
- Mohd Khairul Anuar (SMK Tengku Bendahara)
- Mohd Ikhram (SMK Tengku Bendahara)

Boys under 15:
- Mohd Zulhusni (SMK Tengku Indra Petra 2)
- Ahmad Wafi (SMK Paloh)
- Nor Arrashid (SMK Tengku Bendahara)
- Mohd Khairul Azman (SMK Tengku Indra Petra 2)
- Mohd Faizzuddin (SMK Tengku Bendahara)
- Mohd Firdaus (SMK Chiku 2)

Boys under 12:
- Mohd Lokman (SK Paloh 1&2)
- Mohd Ikram (SK Chiku 3)
- Mohd Afiq (SK Chiku 3)
- Ahmad Muzammil (SK Sri Wangi)
- Mohd Shahrul Nazli (SK Limau Kasturi 2)
- Fakhri Ariffin (SK Sri Wangi)

Girls under 18:
- Noorhayati (SMK Paloh)
- Siti Rokiah (SMK Paloh)
- Nurhayati (SMK Chiku 2)
- Nurul Asmaniza (SMK Sungai Asap)
- Halimatu Saadiah (SMK Sungai Asap)
- Roslaila (SMK Tengku Bendahara)

Girls under 15:
- Safinah (SMK Sungai Asap)
- Nur Lidaini (SMK Chiku 2)
- Siti Nuraini (SMK Paloh)
- Nor Laila (SMK Tengku Bendahara)
- Nurul Ain Farahanim (SMK Sungai Asap)
- Maizatul Nadia (SMK Sungai Asap)

Girls under 12:
- Wan Nur Farzana (SK Paloh 1&2)
- Nursyazwani (SK Paloh 1&2)
- Siti Norhaziqah (SK Paloh 1&2)
- Nur Anis Nabila (SK Paloh 1&2)
- Noratikah (SK Limau Kasturi 2)
- Siti Nur Illyana (SK Chiku 3)

Below are pictures from the event:








 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons