Saturday, June 27, 2009

Perkhemahan Perdana


Program Perkhemahan Perdana telah diadakan di Gua Madu bertujuan memberikan kemahiran ikhtiar hidup kepada para peserta yang terdiri daripada lebih kurang 200 orang pelajar yang mewakili badan-badan beruniform masing-masing. Program berlangsung selepas waktu sekolah pada hari Khamis (25 Jun 2009) sehingga tengahari Sabtu (27 Jun 2009). Para peserta mendirikan khemah, membuat gajet, berkawad, serta memasuki beberapa pertandingan.

Berikut keputusan setiap acara yang dipertandingkan:

Memasak
Johan - Puteri Islam
Naib johan - Kadet Polis
Ketiga - Pengakap


Ikhtiar Hidup
Johan - Kadet Remaja Sekolah (KRS)
Naib johan - Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)


Jalan Lasak (L)
Johan - Kadet Polis
Naib johan - KRS
Ketiga - gabungan JPAM/Silat/Tae Kwan Do


Jalan Lasak (P)
Johan - Kadet Polis
Naib johan - Kadet Bomba
Ketiga - BSMM

Gajet
Johan - KRS
Naib johan - Pengakap
Ketiga - Kadet Polis


Persembahan Budaya
Johan - KRS
Naib johan - gabungan JPAM/Silat/Tae Kwan Do
Ketiga - Pengakap



Kedudukan Keseluruhan

Johan - KRS (52 mata)
Naib johan - Kadet Polis (45)
Ketiga - BSMM (34)
Keempat - Pengakap (32)
Kelima - Kadet Bomba (23)
Keenam - Gabungan JPAM/Silat/Tae Kwan Do (22)
Ketujuh - Puteri Islam (20)








 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons