Wednesday, February 25, 2009

CASTROL Ke Sekolah

Kementerian Pendidikan telah menandatangani satu perjanjian dengan Castrol Malaysia untuk melaksanakan program Castrol ke sekolah bertujuan untuk memperkenalkan cara-cara selamat menunggang motosikal. Program ini telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Dato' Noh bin Haji Omar pada 13 Februari 2007. Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi SMKTIP(2) kerana telah didatangi oleh legenda lumba motor negara, En. Wazi bin Abdul Hamid, untuk memberi tunjuk ajar bagaimana mengendalikan motosikal secara berhemah kepada 200 orang peserta yang terpilih di kalangan para pelajar. Para peserta menaiki motosikal yang disediakan oleh penganjur melalui laluan yang ditetapkan. Teknik-teknik mengawal motosikal dan teknik menekan brek juga diajarkan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. Para peserta memakai pakaian keselamatan untuk memastikan tiada berlaku kemalangan yang tidak diingini.





0 Komen:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons