Thursday, October 29, 2009

Jamuan Kelab Guru

Jamuan bermula dengan ucapan Ust. Mohd Roffi selaku pengerusi Kelab Guru, diikuti oleh ucapan tuan pengetua. Ramai guru hadir membawa bersama ahli keluarga untuk menikmati juadah termasuklah nasi dan bihun goreng, pelbagai kuih-muih, dan juga ayam bakar, sotong bakar dan lain-lain. Guru-guru yang dilahirkan dalam bulan Julai - Disember diraikan dengan upacara memotong kek dan mendapat hadiah masing-masing. Namun demikian, semua guru yang hadir disediakan cabutan bertuah, berdasarkan nombor-nombor yang dicabut semasa pendaftaran.
















Tuesday, October 27, 2009

Aktiviti Pasca PMR

Setelah selesai menjalani peperiksaan PMR, para pelajar tingkatan 3 terlibat dalam pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak sekolah. Antaranya adalah pertandingan menghias kek. Sebanyak sepuluh pasukan yang dianggotai oleh 5 orang pelajar telah menyertai pertandingan tersebut yang diadili oleh 4 orang guru.









Tuesday, October 20, 2009

Majlis Kecemerlangan PIBG


Majlis kecemerlangan PIBG telah diadakan di Hotel Fully Inn, Gua Musang pada ketetapan 20 Oktober 2009 bermula jam 8.30 malam. Majlis bertujuan memberi hadiah kepada para pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam percubaan PMR dan SPM baru-baru ini. Seramai lebih kurang 100 orang jemputan hadir memeriahkan majlis yang tidak dapat dihadiri oleh tuan Pengetua kerana urusan rasmi. Namun demikian, puan Ummi Mariza, En. Mokhtar dan En. Husin hadir meraikan beberapa tetamu jemputan termasuk YDP PIBG sendiri, En. Yushalani dan ahli-ahli majlis PIBG. Wartawan Sinar Harian cawangan Gua Musang juga hadir membuat liputan. Semua tetamu dihidangkan makanan yang lazat sambil dihiburkan dengan lagu-lagu karaoke pilihan.

Beberapa gambar kenangan:















Thursday, October 15, 2009

Jamuan Integrasi Hari Raya


Jamuan integrasi telah diadakan pada 15 Oktober 2009 bermula selepas waktu rehat. Semua warga sekolah dihidangkan dengan pelbagai menu termasuk soto, nasi himpit, nasi beriyani dan juga kuih-muih. Jamuan dihidangkan di sekitar tempat meletak kenderaan guru dan juga Medan Ilmu. Majlis juga diserikan dengan kehadiran 'jiran-jiran' termasuk pegawai-pegawai PPD dan juga guru-guru SK Sri Wangi. Lagu-lagu raya berkumandang memeriahkan suasana.










Saturday, June 27, 2009

Perkhemahan Perdana


Program Perkhemahan Perdana telah diadakan di Gua Madu bertujuan memberikan kemahiran ikhtiar hidup kepada para peserta yang terdiri daripada lebih kurang 200 orang pelajar yang mewakili badan-badan beruniform masing-masing. Program berlangsung selepas waktu sekolah pada hari Khamis (25 Jun 2009) sehingga tengahari Sabtu (27 Jun 2009). Para peserta mendirikan khemah, membuat gajet, berkawad, serta memasuki beberapa pertandingan.

Berikut keputusan setiap acara yang dipertandingkan:

Memasak
Johan - Puteri Islam
Naib johan - Kadet Polis
Ketiga - Pengakap


Ikhtiar Hidup
Johan - Kadet Remaja Sekolah (KRS)
Naib johan - Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)


Jalan Lasak (L)
Johan - Kadet Polis
Naib johan - KRS
Ketiga - gabungan JPAM/Silat/Tae Kwan Do


Jalan Lasak (P)
Johan - Kadet Polis
Naib johan - Kadet Bomba
Ketiga - BSMM

Gajet
Johan - KRS
Naib johan - Pengakap
Ketiga - Kadet Polis


Persembahan Budaya
Johan - KRS
Naib johan - gabungan JPAM/Silat/Tae Kwan Do
Ketiga - Pengakap



Kedudukan Keseluruhan

Johan - KRS (52 mata)
Naib johan - Kadet Polis (45)
Ketiga - BSMM (34)
Keempat - Pengakap (32)
Kelima - Kadet Bomba (23)
Keenam - Gabungan JPAM/Silat/Tae Kwan Do (22)
Ketujuh - Puteri Islam (20)








 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons