Wednesday, March 25, 2009

Sambutan Maulid al-Rasul


Sekolah telah mengadakan satu majlis sambutan Maulid al-Rasul untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Seekor lembu telah ditumbangkan, dilapah dan dipotong dengan kerjasama semua guru, staf dan pihak pentadbir. Pagi esoknya, majlis dimulakan dengan ucapan selawat ke atas junjungan Nabi diikuti ceramah yang disampaikan di Dataran Petra oleh Tuan Haji Mokhtar dari Bahagian Hal Ehwal Islam FELDA. Pelajar bukan Islam pula mendengar ceramah di kantin. Selepas itu, makanan dibahagikan kepada semua pelajar dan guru.


Friday, March 13, 2009

Saiful Pelajar Terbaik SPM

Keputusan SPM telah dikeluarkan secara rasmi hari ini. Sekolah telah mencatatkan peningkatan sebanyak 1 peratus berbanding tahun lalu. Peningkatan tersebut tidak berjaya mengangkat kedudukan sekolah kepada kedudukan yang lebih tinggi dalam PPD Gua Musang. Walaupun begitu, sekolah memperoleh ramai pelajar cemerlang berbanding sekolah-sekolah lain dalam PPD. 2 orang pelajar telah mencapai keputusan yang amat memberangsangkan. Mereka ialah:

1. M. Saifulil Rahman Ramli


















2. Leong Pei Yee


Thursday, March 5, 2009

Kem Kepimpinan


Tempat: Taman Negara Sungai Relau, Merapoh, Pahang
Tarikh: 5 - 7 Mac 2009

Pihak sekolah telah mengadakan satu Kem Kepimpinan di Taman Negara Sungai Relau yang terletak lebih kurang 30km dari Gua Musang. Kem ini bertujuan memberi latihan kepada para pelajar untuk menjadi pemimpin kelab, persatuan, badan beruniform dan juga pihak pengawas. Latihan-latihan termasuklah ceramah kepimpinan, latihan fizikal dan juga latihan mental yang disampaikan oleh penceramah-penceramah dan jurulatih-jurulatih yang berwibawa. Seramai 200 orang pelajar dan 30 orang guru menghadiri kem tersebut.








 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons