Wednesday, April 29, 2009

Kursus EduwebTV

Latihan dalam perkhidmatan pertama yang diadakan oleh pihak ICT sekolah pada tahun ini merupakan Kursus EduwebTV. Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan portal EduwebTV kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada semua guru-guru di sekolah agar mereka dapat menggunakannya dengan berkesaan dalam PNP. Seramai lebih kurang 15 orang guru telah menghadiri kursus tersebut yang diadakan di pusat akses sekolah. Kursus disampaikan oleh penyelaras ICT sekolah, En. Mohd Azizul. Secara keseluruhannya, guru-guru pulang dengan kemahiran yang diperlukan, seperti membuat senarai video, memilih video yang sesuai dan juga teknik-teknik yang boleh digunakan untuk mengintegrasi video-video tersebut dalam PNP. Namun demikian, tidak dapat dinafikan terdapat masalah-masalah teknikal yang mencacatkan keberkesanan kursus, terutamanya kesukaran untuk memainkan video-video yang dipilih.





Friday, April 10, 2009

Mesyuarat Agung PIBG ke-5


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-5 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah di dewan sekolah. Ketibaan beliau pada pukul 9 pagi disambut dengan meriah oleh barisan badan-badan beruniform sekolah dan juga persembahan daripada pasukan Tae Kwan Do sekolah. Di antara tetamu yang hadir adalah Timbalan Pengarah JPN, Tn. Haji Ishak bin Ismail, yang turut memberi ucapan. Selepas keberangkatan YBM Tengku, mesyuarat bermula dipengerusikan oleh YDP PIBG, Hj. Yushalani bin Yusoff. Secara keseluruhannya, mesyuarat berjalan dengan lancar dan ahli-ahli berpuas hati dengan segala kerja yang dilakukan oleh AJK PIBG. Oleh itu, sebulat suara mengekalkan AJK yang lepas ditambah beberapa AJK baru untuk memantapkan lagi persatuan. Majlis bersurai dengan jamuan laksa kepada semua yang hadir.

Monday, April 6, 2009

Majlis Perpisahan Guru

Jasamu dikenang. Itulah ucapan yang paling sesuai diucapkan kepada bekas-bekas guru yang telah berpindah ke sekolah lain. Untuk memperingati jasa mereka, Kelab Guru telah mengadakan satu majlis perpisahan di kantin asrama sekolah. Seramai sepuluh orang bekas guru telah berbesar hati menerima jemputan menghadiri majlis ini. Mereka ialah:

1. En. Mohd Zainol Abiddin
2. En. Nasrul Muhaimin
3. En. Hasnan
4. En. Suhaimi
5. Ustaz Mohd Hassan
6. Pn. Ayu Noor Yuslindawati
7. Pn. Awanis
8. Pn. Zamzury
9. Pn. Nasirah
10. Pn. Siti Fatimah

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi Kelab Guru, Ustaz Mohd Roffi. Pihak bekas guru pula diwakili oleh En. Suhaimi mengucapkan terima kasih diatas majlis ini serta menyatakan bahawa sekolah ini akan sentiasa diingatan. Setelah itu, Pengetua pula mengharapkan mereka terus menaburkan bakti walau di mana sahaja mereka berada sebelum menyampaikan cenderahati kepada semua yang hadir.








 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons