Thursday, February 26, 2009

Kejohanan Merentas Desa

Kejohanan merentas desa sekolah merupakan acara tahunan yang wajib disertai oleh setiap pelajar. Larian sejauh lebih kurang 6 kilometer dimulakan di Dataran Petra dan merentasi Kampung Pulai dan Taman Kesedar Putra sebelum berakhir kembali di Dataran Petra. Sebanyak 6 Kategori dipertandingkan merangkumi Kategori A (Lelaki dan Perempuan) terdiri daripada para pelajar tingkatan 4 dan 5, Kategori B (Lelaki dan Perempuan) terdiri daripada para pelajar tingkatan 2 dan 3, dan Kategori C (Lelaki dan Perempuan) terdiri daripada para pelajar tingkatan 1. Mereka semua mewakili rumah sukan masing-masing: Kasih, Mesra, Bestari dan Harmoni. Markah diberikan kepada 20 peserta terawal setiap kategori dan dicampurkan untuk markah keseluruhan pasukan. Pasukan...

Wednesday, February 25, 2009

CASTROL Ke Sekolah

Kementerian Pendidikan telah menandatangani satu perjanjian dengan Castrol Malaysia untuk melaksanakan program Castrol ke sekolah bertujuan untuk memperkenalkan cara-cara selamat menunggang motosikal. Program ini telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Dato' Noh bin Haji Omar pada 13 Februari 2007. Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi SMKTIP(2) kerana telah didatangi oleh legenda lumba motor negara, En. Wazi bin Abdul Hamid, untuk memberi tunjuk ajar bagaimana mengendalikan motosikal secara berhemah kepada 200 orang peserta yang terpilih di kalangan para pelajar. Para peserta menaiki motosikal yang disediakan oleh penganjur melalui laluan yang ditetapkan. Teknik-teknik mengawal motosikal dan teknik menekan brek juga diajarkan...

Sunday, February 22, 2009

Majlis Pentauliahan Pengawas & PSS

Pengawas merupakan pembantu pihak sekolah dalam menjalankan tugas-tugas disiplin yang berkaitan dengan pelajar. Di samping itu, pengawas juga membantu pihak sekolah dalam perlaksanaan program-program sekolah. Bidang tugas pengawas perlu ditauliahkan agar tidak timbul persoalan oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati. Satu majlis pentauliahan pengawas telah diadakan memberikan mereka sijil-sijil sebagai bukti penyerahan tugas-tugas dalam menegakkan undang-undang sekolah. Pengawas terdiri daripada pelbagai kaum, menunjukkan tidak berlaku pilih kasih. Majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Fazam Mat Ladzim, Pengarah Bahagian Pembangunan Masyarakat, KESEDAR Gua Musang. Majlis ikrar diketuai oleh Abdul Rashizolze, yang dilantik sebagai Ketua Pengaw...

Saturday, February 21, 2009

Helmy Tewas Kepada 2 Zul

Mohd Helmy Rasnan daripada Kelas 5 Sains terlepas peluang mewakili negeri Kelantan dalam Kejohanan Catur MSSM yang telah diadakan di SMK Jeli baru-baru ini. Beliau tewas kepada Ahmad Zulhilmi di pusingan 4 dan seterusnya kepada Zulhashime di pusingan 6, setelah hampir menjadi pelajar SMKTIP(2) yang pertama mewakili negeri dalam sukan catur. Keputusan penuh wakil-wakil catur sekolah:Kategori Lelaki bawah-187 daripada 63 peserta - Mohd Helmy RasnanKategori Lelaki bawah-1524/63 - Mohd Khairul Azman33/63 - Mohd Zulhusni Abdul AzizUntuk maklumat lanjut, sila layari blog Cikgu Aziz...

Saturday, February 14, 2009

Sukantara

Sukantara merupakan sukan pilihan yang perlu disertai oleh semua pelajar mewakili rumah sukan masing-masing. Empat rumah sukan yang ada di sekolah kami adalah Mesra (Merah), Kasih (Kuning), Bestari (Biru) dan Harmoni (Hijau). Manakala sukan yang dipertandingkan adalah:1. 100 meter2. 200 meter3. lompat tinggi4. lompat jauhPara pelajar yang melepasi masa, jarak dan ketinggian kelayakan akan diberikan 2 markah, manakala pelajar yang tidak melepasinya hanya diberikan 1 markah. Markah-markah tersebut akan dikumpulkan sebagai markah rumah sukan yang diwaki...

Wednesday, February 11, 2009

SMKTIP(2) Players Shine In Jerek

Alhamdulillah, we just finished our selection for students to represent the district of Gua Musang in the upcoming MSSM chess tournament in Jeli later this month. 36 students from various schools made up the 6 categories consisting of boys and girls under-12, under-15 and under 18. From my observation, I found that the standard of play among these students have increased--less stalemates and more spectacular moves happened in the 3 days tournament. What made this tournament more memorable was the participation of a physically disabled student who moved the pieces with his feet. Even though he did not make the final cut, we must applaud his efforts and dedication. Last year's state representative, Md Lokman of boys under -12, also managed to...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons