Jamuan bermula dengan ucapan Ust. Mohd Roffi selaku pengerusi Kelab Guru, diikuti oleh ucapan tuan pengetua. Ramai guru hadir membawa bersama ahli keluarga untuk menikmati juadah termasuklah nasi dan bihun goreng, pelbagai kuih-muih, dan juga ayam bakar, sotong bakar dan lain-lain. Guru-guru yang dilahirkan dalam bulan Julai - Disember diraikan dengan upacara memotong kek dan mendapat hadiah masing-masing. Namun demikian, semua guru yang hadir disediakan cabutan bertuah, berdasarkan nombor-nombor yang dicabut semasa pendaftaran.
0 Komen:
Post a Comment