Setiap 16 Mei akan disambut sebagai hari guru diseluruh negara dan penghormatan ini didedikasikan untuk para guru. Pada 16 Mei juga, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra 2 telah mengadakan majlis sambutan hari guru peringkat sekolah bertempat didataran perhimpunan sekolah.
Perayaan hari guru disambut dengan meriah sekali dengan pelbagai aktiviti. Sehari sebelum sambutan hari guru, telah diadakan gotong -royong perdana di mana ianya serentak di sekolah seluruh negara. Pada sebelah malamnya telah diadaka majlis bacaan yasin dan solat hajat bertempat di surau asrama SMK Tengku Indra Petra 2
Tema hari guru pada tahun ini ialah "Guru Pembina Negara Bangsa". Majlis sambutan hari guru telah dirasmikan oleh pengetua SMK Tengku...