Tuesday, August 24, 2010

Demonstrasi Kebakaran

Pada 20 Julai 2010 telah diadakan satu demonstrasi kebakaran oleh pihak bomba Gua Musang. Tujuan demonstrasi diadakan adalah untuk mendedahkan para pelajar ,guru dan kakitangan tentang kepentingan dan keselamatan semasa menghadapi kebakaran.Nasihat dari pihak bomba kita tidak boleh cemas semasa menghadapi situasi kebakaran dan perlu bertindak cepat agar tidak menjadi mangsa kebakaran. Dalam demonstrasi ini ,pihak bomba telah menunjukkan cara-cara memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api.Pelajar dan guru diberi peluang bagaimana hendak memadam kebakaran yang berlaku.Diharapkan dengan adanya demonstrasi seperti ini dapat memberi pengetahuan kepada kita semua apabila menghadapi situasi cemas kebakaran. ...

Tuesday, August 17, 2010

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN PERINGKAT SEKOLAH

Pada 6 dan 7 Julai 2010 bersamaan dengan hari Selasa dan Rabu telah berlangsungnyer kejohanan padang dan balapan peringkat sekolah SMK Tengku Indra Petra 2. Kejohanan padang dan balapan ini melibatkan semua guru dan pelajar. Tujuan atau objektif diadakan kejohanan seperti ini adalah: Sebagai tapak yang boleh melahirkan atlet-atlet berpotensi yang bakal bertanding di peringkat daerah, negeri dan negara. Merialisasikan konsep "Sukan untuk Semua" Sukan sebagai satu wadah pembangunan manusia Antara acara-acara yang dipertandingkan ialah lumba lari 100m,400m,lompat tinggi,lompat jauh,lontar peluru dan kemuncaknyer ialah acara tarik tali antara guru dan PIBG sekolah. Dalam kejohanan ini juga sebanyak empat buah rumah sukan yang terlibat...

Monday, July 12, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Setiap 16 Mei akan disambut sebagai hari guru diseluruh negara dan penghormatan ini didedikasikan untuk para guru. Pada 16 Mei juga, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra 2 telah mengadakan majlis sambutan hari guru peringkat sekolah bertempat didataran perhimpunan sekolah. Perayaan hari guru disambut dengan meriah sekali dengan pelbagai aktiviti. Sehari sebelum sambutan hari guru, telah diadakan gotong -royong perdana di mana ianya serentak di sekolah seluruh negara. Pada sebelah malamnya telah diadaka majlis bacaan yasin dan solat hajat bertempat di surau asrama SMK Tengku Indra Petra 2 Tema hari guru pada tahun ini ialah "Guru Pembina Negara Bangsa". Majlis sambutan hari guru telah dirasmikan oleh pengetua SMK Tengku...

Majlis gotong-royong peringkat sekolah

Pada 15 Mei 2010 telah diadakan majlis gotong-royong peringkat sekolah. Majlis berlangsung sehari sebelum sambutan hari guru. Semua pelajar dan guru terlibat secara langsung dalam majlis ini. Sambutan dan kerjasama yang diberikan amat menggalakkan. Tujuan utama majlis gotong-royong ini diadakan adalah untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar antaranya semangat bekerjasama,kepentingan menjaga kebersihan dan sebagai...

Monday, March 22, 2010

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Pada 11 Mac yang lalu SMK Tg Indra Petra telah mengadakan sambutan maulidur rasul peringkat sekolah. Majlis berlangsung dengan meriah sekali dengan pelbagai aktiviti yang di adakan. Tema sambutan maulidur rasul ialah "Memantap Ukhwah Perkasa Ummah". Majlis dimulai dengan ceramah yang di sampaikan oleh penceramah jemputan...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons